2009-01-29

Biodata Rasullulah

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta".Demikianlahsikapkita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiranRasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahansesetengahnyalangsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apakeistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan
lagi,sebahagiandaripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artisdaripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorangkekasihdan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untukmemaparkanbiodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kitabersamaagar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW. SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB) BIODATA RASULULLAH SAW · Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim · Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenalisebagaitahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kotaKa' abah) · Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah · Nama bapa: '
Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim · Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf · Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuanbapa Rasulullah SAW) · Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) · Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenaliHalimah As-Sa ' diah.. Suaminya bernama Abu Kabsyah) USIA 5 TAHUN · Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh duamalaikatuntuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya. USIA 6 TAHUN · Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) · Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dandibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib. USIA 8 TAHUN · Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). · Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira)telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusanseorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. USIA 20 TAHUN · Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah' ,jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperananmengumpulkan anak-anak panah sahaja. · Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untukmemberipertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah. USIA 25 TAHUN · Bermusafir
kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan KhadijahbintiKhuwailid Al-Asadiyah. · Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayanglain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminangKhadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.. · Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. USIA 35 TAHUN · Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah. · Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar danpendudukMekah. · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad 'ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatutersebut. USIA 40 TAHUN · Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.. USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina AbuBakarAl-Siddiq. · Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. USIA 63 TAHUN · Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M. ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW. § Khadijah Binti Khuwailid § Saudah Binti Zam ' ah § ' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar) § Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab) § Ummi Habibah Binti Abu Sufyan § Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah) § Zainab Binti Jahsy § Maimunah Binti Harith § Safiyah Binti Huyai bin Akhtab § Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu OrangMiskin) ANAK-ANAK RASULULLAH SAW 1. Qasim 2. Abdullah 3. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah
Al-Zahra ' ANAK TIRI RASULULLAH SAW Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijahadalah seorang janda). SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW IBU SUSUAN SAUDARA SUSUAN 1. Thuwaibah 1. Hamzah 2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad 1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza 3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza 4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB) 1. Al-Harith 2. Muqawwam 3. Zubair 4. Hamzah *** 5. Al- ' Abbas *** 6. Abu Talib 7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza) 8. Abdul Ka ' bah 9. Hijl 10. Dhirar 11. Umaimah 12. Al-Bidha (Ummu Hakim) 13. ' Atiqah
## 14. Arwa ## 15. Umaimah 16. Barrah 17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) *** *** Sempat masuk Islam. ## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya.. Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga."(Riwayat Al-Sajary daripada Anas

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...