Showing posts with label rEspect .... Show all posts
Showing posts with label rEspect .... Show all posts

2009-01-28

Sikap diam negara-negara Arab: kebenaran yang tersembunyi

Semalam Khatib yang juga merupakan dekan kuliyah syariah di Universiti Sudan membocorkan beberapa rahsia pakatan jahat Yahudi dan Arab sekular. Pertama kali saya menangis dalam khutbah Jumaat seumur hidup saya. Sehingga kini hati ini sebak bukan kerana sedih tetapi geram ditipu.

Sebenarnya sebelum peperangan dilancarkan Israel telah melakukan beberapa perjumpaan penting dengan pemimpin dunia. Antaranya Blair dan pemimpin dunia Arab. Dalam laporan di akhbar Yahudi, dilaporkan bahawa peperangan ini sengaja dilancarkan dan matlamat utamanya memansuhkan kewujudan Hamas dari tanah Arab.

Perkara ini telah dipersetujui Israel dan juga negara negara Arab yang lain. Ini menjelaskan kenapa sempadan Rafah ditutup rapat. Ini juga menjelaskan kenapa Arab tidak menghulur bantuan ketenteraan. Arab sebenarnya berlakon dengan ucapan politik menyatakan simpati pada bangsa Palestin sedang mereka menjual nyawa bangsa Palestin pada Israel dengan harga yang mahal iaitu maruah mereka.

Husni Mubarak menyatakan 'sesungguhnya darah rakyat Palestin bukanlah murah.' Ini bermakna perniagaan sedang berlaku. Munafik inilah yang kini sedang meletupkan terowong-terowong rahsia Hamas di Rafah. Pembiayaan peletupan terowong-terowong ini adalah di bawah tanggungan Amerika Syarikat. Israel hanyalah kambing hitam dunia Arab dalam menghapuskan pengaruh Islam haraki yang dipelopori oleh Ikhwan dan pertubuhan Hamas.

Sebenarnya Hamas dikepung oleh ular-ular yang mematuk dari luar dan dalam. Mesir kini dijanjikan pengaruh politik terkuat oleh Barat. Inilah yang dikatan harga mahal yang mereka raih dari penjualan nyawa bangsa Palestin di Gaza.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diperalatkan oleh Israel bagi tujuan penghapusan etnik. Kita mengkritik PBB yang kononnya lemah dan lembik dalam menghadapi Israel namun sebenarnya mereka bersekongkol dengan Israel bagi menghabisi pelapis mujahidin Palestin. Wanita dan kanak-kanak dihimpun oleh PBB dalam bangunan mereka kemudian Yahudi akan mengebom bangunan itu. Inilah yang berlaku di Gaza sebenarnya.

Bukti logik pada penghapusan etnik adalah pembunuhan kanak-kanak. Israel mengakui itu adalah kesilapan tentera mereka dalam tembakan rambang sebenarnya, namun kalau kita perhatikan rata-rata kanak-kanak yang mati adalah menerima tembakan dari penembak tepat (sniper). HeadShot bukanlah hasil dari tembakan rawak tetapi adalah sasaran tepat yang dilakukan Yahudi.

Sekarang ini saya menyimpulkan bahawa sasaran Yahudi di Gaza adalah:

1. propaganda untuk menyatakan kewujudan Hamas menghalang perdamaian,
2. penghapusan saksi penting peranan Hamas, dan
3. kekejaman Israel iaitu genocide.

Masalahnya sekarang kita tiada daulah.

Apa yang kita boleh lakukan adalah kembali kepada Islam dan menentang sebarang sistem selain Islam. Boikot semua produk Yahudi dan Amerika. Yakinlah, si buta hanyalah penguasa dunia Arab, bukan rakyatnya. Ia adalah sama sahaja di mana mana kuasa membutakan hati dan iman.

Saya menyeru umat Islam membacakan surah Al-Fath dan bincangkan tafsirannya.

2009-01-02

kIsAh bUkIt AntArAbAngsA...lU pIkIrlA sEndIrI


Assalamualaikum..

Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa
dengan ape yang gua nak luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun..cume
gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA
tu!


Wah!!! Bukan main lagi lu orang...rumah juta-juta...Harta juta-juta...buat
rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?..Konon-konon darjat
tinggi la...sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak
privacy?..Atau memang taknak campur dengan masyarakat?...Gua tengok
kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak...rumah juta-juta...harta
juta-juta...tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?...Sebab apa?...

SEBAB LU KAYA!!..


Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang...sebab nak
bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah
setinggan...ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni???... Nasi bungkus
lu orang buang bagi babi makan?..nasi bungkus ape standard...Sebab apa?...

SEBAB LU KAYA!!


Gua lagi tambah sakit hati bila ada pemimpin datang nak jenguk...nak
tengok-tengok lu orang...tapi lu maki apehal?...Lu dah bagus sangat ke nak
maki orang?..Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat...tapi
lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!..Lu sibuk pasal lu punya
barang...ada lu pikir pasal TUHAN???...Sebab apa lu jadi macam ni??

SEBAB LU KAYA!!


Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit..tapi puluh
ribu...!!...nak cakap b**doh tapi jadi menteri...tapi pikir balik memang
b**doh pun!..lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit
ada berjuta...lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?..yang tak
makan?...Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sbab apa???

SEBAB LU KAYA!!!


Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta
ranap!...ada lu orang nak beristgfar?..Gua jadi heran ada makhluk macam lu
orang!..Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!..tapi yang lu
nak maki dorang apehal?..Lu nak saman apehal?..Sebab apa??

SEBAB LU KAYA!!


Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT...yang lu buat rumah atas
bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???..JANGAN HARAP!..cukup baik la MB
Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???...Itu tanah
persendirian...lantak lu la nak buat rumah...tapi bile dah ranap lu sibuk
nak saman??..Sebab apa?..

SEBAB LU KAYA!!!

Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu
kene ingat...ada yang lagi Maha Kaya...ada yang lagi Maha Besar...

LU PIKIR LA SENDIRI

pss:- terkejutgak aku bc email ni..tp skali pk btl gak ek... lu pk la sdiri..

heehhehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...