2008-08-31

Tiga Anak Pengsan Semasa Urus Jenazah Bapa

renungan kita bersama?.

Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu
jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus
keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa... tapi
dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak
berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab
kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang
boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang
berlaku kepada Allahyarham?

Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat
di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian
tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang
lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan
semasa hidupnya,
Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya.
Dia
pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi
tempat dia bekerja.

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia
di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya
diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.

Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila
Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan
nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar
daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan
rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah
bulu roma dan celah-celah kuku. Mula-mula sedikit, tapi makin
lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu
pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. .dan menyedihkan.

Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham
pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam.
Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang
saya kenal sangat.

Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz,
ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"

Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?"

"Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta
sangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham
tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang
terjadi pada mayat ayahnya itu.

Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia
ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah

dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan...
masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan
Allahyarham. Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya
pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan
kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan
bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti
dalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda
kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami
dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah
yang lebih mengetahui.

Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih
dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati
saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya
dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang
mengaibkan Allahyarham.

Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.
Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan
rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa,
kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.

Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk
diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari
rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami
baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak
kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.

Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah
menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh
Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu.
Keluar satu bahan
berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di
muka dan badannya.


Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya.
Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak
keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah
tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan
kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya,
"Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka
bersetuju. Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak
Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya.
Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan
kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu.
Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.

Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi
merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan
plastik...plastik alas meja yang berwarna putih.
Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh,
yang amat mengharukan.
Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam
air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini
memang aneh sebab hari itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakan
kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak
kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini.
Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil
keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia
ditenggelami air.

Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu
bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir,
busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu.
Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah

dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau
siang...


Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian
tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak
terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus.
Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar
Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan
saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.

Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak
tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun
saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi
saya ini satu iktibar. Saya tidak mengatakan Allahyarham telah
melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini
mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada
Allahyarham ada kaitan dengan salah satu
daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh.


PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh
pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh
orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.

KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman.
Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia
menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini.
Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau
duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik
kita.

KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di
jalan raya akibat kemalangan, bersihkan;ah dengan air. Bagi
perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa
haid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah
dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu
saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu.
Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang
perlu dihormati.

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai
iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap
Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini
tidak terjadi pada kita.


p/s.....
ni email yg aku dpt...
bkn aku yg cerita tau...
jusr forward je..
sebagai renungan bersama...
Subhanallah....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...