2009-01-28

Sikap diam negara-negara Arab: kebenaran yang tersembunyi

Semalam Khatib yang juga merupakan dekan kuliyah syariah di Universiti Sudan membocorkan beberapa rahsia pakatan jahat Yahudi dan Arab sekular. Pertama kali saya menangis dalam khutbah Jumaat seumur hidup saya. Sehingga kini hati ini sebak bukan kerana sedih tetapi geram ditipu.

Sebenarnya sebelum peperangan dilancarkan Israel telah melakukan beberapa perjumpaan penting dengan pemimpin dunia. Antaranya Blair dan pemimpin dunia Arab. Dalam laporan di akhbar Yahudi, dilaporkan bahawa peperangan ini sengaja dilancarkan dan matlamat utamanya memansuhkan kewujudan Hamas dari tanah Arab.

Perkara ini telah dipersetujui Israel dan juga negara negara Arab yang lain. Ini menjelaskan kenapa sempadan Rafah ditutup rapat. Ini juga menjelaskan kenapa Arab tidak menghulur bantuan ketenteraan. Arab sebenarnya berlakon dengan ucapan politik menyatakan simpati pada bangsa Palestin sedang mereka menjual nyawa bangsa Palestin pada Israel dengan harga yang mahal iaitu maruah mereka.

Husni Mubarak menyatakan 'sesungguhnya darah rakyat Palestin bukanlah murah.' Ini bermakna perniagaan sedang berlaku. Munafik inilah yang kini sedang meletupkan terowong-terowong rahsia Hamas di Rafah. Pembiayaan peletupan terowong-terowong ini adalah di bawah tanggungan Amerika Syarikat. Israel hanyalah kambing hitam dunia Arab dalam menghapuskan pengaruh Islam haraki yang dipelopori oleh Ikhwan dan pertubuhan Hamas.

Sebenarnya Hamas dikepung oleh ular-ular yang mematuk dari luar dan dalam. Mesir kini dijanjikan pengaruh politik terkuat oleh Barat. Inilah yang dikatan harga mahal yang mereka raih dari penjualan nyawa bangsa Palestin di Gaza.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diperalatkan oleh Israel bagi tujuan penghapusan etnik. Kita mengkritik PBB yang kononnya lemah dan lembik dalam menghadapi Israel namun sebenarnya mereka bersekongkol dengan Israel bagi menghabisi pelapis mujahidin Palestin. Wanita dan kanak-kanak dihimpun oleh PBB dalam bangunan mereka kemudian Yahudi akan mengebom bangunan itu. Inilah yang berlaku di Gaza sebenarnya.

Bukti logik pada penghapusan etnik adalah pembunuhan kanak-kanak. Israel mengakui itu adalah kesilapan tentera mereka dalam tembakan rambang sebenarnya, namun kalau kita perhatikan rata-rata kanak-kanak yang mati adalah menerima tembakan dari penembak tepat (sniper). HeadShot bukanlah hasil dari tembakan rawak tetapi adalah sasaran tepat yang dilakukan Yahudi.

Sekarang ini saya menyimpulkan bahawa sasaran Yahudi di Gaza adalah:

1. propaganda untuk menyatakan kewujudan Hamas menghalang perdamaian,
2. penghapusan saksi penting peranan Hamas, dan
3. kekejaman Israel iaitu genocide.

Masalahnya sekarang kita tiada daulah.

Apa yang kita boleh lakukan adalah kembali kepada Islam dan menentang sebarang sistem selain Islam. Boikot semua produk Yahudi dan Amerika. Yakinlah, si buta hanyalah penguasa dunia Arab, bukan rakyatnya. Ia adalah sama sahaja di mana mana kuasa membutakan hati dan iman.

Saya menyeru umat Islam membacakan surah Al-Fath dan bincangkan tafsirannya.

1 comment:

smith said...

Video slots are the digital 우리카지노 version of the mechanical slot machines yow will discover in land-based mostly casinos

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...